Takaful Plan
Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masaalahnya, kita juga mengubah perancang kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.
Pelan Takafulink Prudential BSN ( PruBSN ) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Ia dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hudup anda sepenuhnya. Dengan mematuhi nilai-nilai yang menjadi pegangan anda , ia juga membolehkan anda mengawal gaya hidup anda.
Bagaimana Pelan Takafulink Bertindak untuk Saya ?
Untuk Perlindung Anda:
Kami akan membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai untuk anda dengan menjelaskan semua elemen Pelan Takafulink kepada anda.
Manfaat Asas Kematian:
Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta (PUA)* dan Akaun khas Individu (ISA)** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.
* PUA adalah akaun unit-unit yang diperuntukan, bergantung kepada jumlah
sumbangan berkaitan yang dibayar.
**ISA adalah akaun sumbangan manfaat tambahan yang dibayar.
Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK):
Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mangalami HUPK sebelum mencapai 60 tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai ISA akan kekal dalam akaun anda.
Manfaat Pilihan & Tambahan
Accidental Death and Disablement,
Accidental Medical Reimbursement:
Memberi manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anda.
Medical Cover:
Sekiranya anda dimasukkan ke Hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.
Major Medical Cover:
Member perlindungan perubatan bagi manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan pesakit luar sekiranya anda dimasukkan ke Hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk bantuan perubatan kecemasan.
Hospital Benefit:
Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke Hospital.
Disability Provider, Crisis Cover Income:
Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.
Crisis Shield / Critical Illness ( 36 jenis penyakit ):
Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan disaat-saat anda paling memerlukan.
Weekly Indemnity:
Memberi bantuan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.
Contributor:
Membayar manfaat tahunan ( FOC ) sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.
Spouse or Parent Contributor:
Sekiranya pasangan atau ibubapa anda meninggal dunia , atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada hadapan (FOC ).